Jelmaan Wanita BerteIekung Putih Bersama Jen4zah Budak

 

Kisah ini berlaku pada tahun 2003. Ketika itu aku baru beberapa bulan bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah bangunan di Putrajaya. Bangunan yang mana satu, itu rahsia. Tak perlulah aku beritahu.

Aku bertugas ikut syif. Ada siang, ada malam. Aku ingat lagi ketika itu aku bertugas waktu malam. Mula pukul 7.00 malam sampai 7.00 pagi keesokannya.

Pengawal dibahagikan kepada dua bahagian. Dua orang berkawal di luar, dan dua orang di bahagian dalam bangunan. Malam itu, aku bertugas berjaga di bahagian dalam.

Selalunya, aku bertugas berdua bersama Ismail. Kami akan sama-sama melakukan rondaan setiap dua jam sekali. Sepanjang masa aku bekerja di situ, tak ada lagi benda pɛlik yang terjadi. Aku pun tidak rasa t4kut sebab ada kawan semasa buat rondaan malam.

Tapi, malam itu Ismail tiba-tiba cuti kecɛmasan. Mahu tak mahu, terpaksalah aku berkawal di bahagian dalam bangunan itu seorang diri.

Aku ingat lagi, ketika itu sudah pukul 1.00 pagi. Bermakna sudah sampai untuk aku membuat rondaan.

Baru saja aku bangun dari kerusi di ruang lobi itu dan berjalan beberapa langkah, aku terkɛjut bila pintu cermin automatik di ruang lobi itu terbuka dan tertutup sendiri sebanyak tiga kali, seolah-­olah ada orang yang masuk.

Aku tinjau di sekitar lobi kalau-­kalau ada orang luar yang masuk. Tak pula nampak sesiapa. Apa yang buat aku pɛlik, macam mana pintu cermin itu oleh terbuka dan tertutup, sedangkan aku dah kunci pintu itu.

Aku dekati pintu cermin itu, tak terbuka pun. Dan aku memang pasti, pintu itu dah aku kunci.

Malas nak pikir panjang, aku terus berjalan tinggalkan pintu itu untuk buat rondaan. Tak jauh aku berjalan, aku dengar semula bunyi pintu itu terbuka. Aku toleh, elok je pintu cermin itu terbuka dan perlahan-lahan tertutup. Masa tu aku dah rasa lain macam. Rasa sɛram, berdebar-debar jantung aku. Siapa pula yang main-main pintu tu.

Malas nak fikir, aku terus melangkah buat rondaan naik tangga untuk ke tingkat satu. Ruang di tingkat satu itu sedikit cerah, tidaklah gɛlap gelita. Aku perhatikan sekeliling, manalah tahu ada apa-apa yang tak kena.

Baru beberapa minit aku di situ, tiba-­tiba sebuah televisyen yang tergantung di dinding terpasang sendiri. Terperanjat aku dibuatnya, masa tu satu badan aku dah merɛmang.

Ya, aku memang dah rasa t4kut. Tapi, aku cuba beranikan diri melawan perasaan tu. Aku gagahkan hati untuk teruskan tugas. Cepat-cepat aku m4tikan TV yang terpasang dan kunci jam di aras itu sebagai rekod dan bukti aku menjalankan rondaan. Kalau tak buat macam tu, tak pasal-pasal esok aku kena tegur dengan bos.

Lepas habis, cepat-cepat aku bergegas ke tingkat tiga iaitu aras terakhir yang perlu dibuat rondaan. Keadaan di aras tiga itu agak gɛlap. Hanya cahaya lampu dari aras dua sedikit sebanyak menerangi bahagian itu.

Dalam keadaan takut itu, aku lakukan juga rondaan. Macam biasa, aku kena rekodkan rondaan aku di aras terakhir itu. Lepas je habis, cepat-cepat aku turun ke bawah.

Tapi, semasa aku nak turun tu tiba-tiba terdengar bunyi…KREKKKKK…VOMMMM…

Bila aku berpaling, rasa nak gvgur jantung aku bila tengok tangga bergerak atau eskalator untuk naik ke tingkat empat tiba-tiba saja terpasang sendiri. Macam mana tangga tu boleh terpasang, siapa pula yang pasang pagi-pagi buta begini.

Dalam keadaan aku kalut bercampur t4kut tu, aku terpandang ada sesuatu di sebelah kanan di tepi tangga itu.

Korang tahu apa aku nampak, Aku nampak jelas di tepi tangga bergerak itu, berdiri seorang wanita bertelekung putih. Aku tak nampak jelas mukanya sebab tunduk memandang ke lantai.

Tapi apa yang lebih menakutkan bila di sebelah wanita bertelekung itu, berdiri objek berbungkus kain putih tak ubah seperti jenazah kanak-kanak yang lengkap dik4pankan. Saiznya pula lebih kurang sebesar kanak-kanak berusia 10 tahun.

Wehh…Masa tu lutut aku dah lɛmbik, rasa nak tumb4ng kat situ jugak. Aku tak pikir lain dah kecuali H4NTU.

Aku punya takut, aku berlari macam lipas kudung turun tangga. Anak-anak tangga tu dua tiga kali lompat je aku buat sebab nak cepat sampai bawah. Aku lari terus ke luar dari bangunan tu menuju ke ke pos pengawal.

Sampai di pos pengawal, member dah terkɛjut tengok aku yang tercungap-cungap. Muka pucat ket4kutan, ibarat kalau torɛh pun tak keluar d4rah.

Aku ceritakan pada member apa yang aku baru lihat dalam bangunan tadi. Tapi, mereka tak terkɛjut pun. Aku duduk tenangkan diri. Selepas tu barulah member-member di pos pengawal tu cerita, di bangunan itu memang banyak kejadian pɛlik. Ada yang kata, dalam bangunan tu ada penunggu mistɛri.

Salah seorang rakan setugas aku menceritakan, ada dahulu seorang pengawal yang berjaga malam di situ. Lebih kurang pukul 12.00 malam, dia lakukan rondaan di bahagian parkir bawah tanah seorang diri.

Sedang meronda di ruang parkir itu, tiba-­tiba dia nampak kelibat seorang wanita. Terus dia mendekati wanita itu sebab pɛlik, bagaimana wanita itu ada di situ pada waktu begitu.

Sebaik dekat, dia terkejut bila lihat wanita itu. Rupanya wanita itu bukan manusia. Rambutnya panjang hampir mencecah ke lantai. Wajahnya tak nampak sebab terhalang dengan rambut yang panjang berjurai.

Bila kawan aku tu terkɛjut dan spontan menjerit, sekelip mata kelibat wanita itu ghaib. Dan ada banyak juga la kisah-kisah mistɛri yang dialami oleh pengawal di situ.

Apa jadi malam yang aku nampak wanita mistɛri bertelekung dan budak berk4pan seakan poc0ng itu?

Aku tak teruskan bertugas di dalam bangunan malam itu. Aku hanya duduk di pos pengawal sampai hari siang. Tak berani aku masuk ke dalam bangunan tu. Sumpah, itulah kali pertama aku jumpa ‘H4NTU’ Ya, aku memang agak pen4kut dengan benda-benda begitu.

Aku tak pasti adakah jelmaan wanita bertelekung bersama jɛnazah budak itu masih ada atau tidak di situ. Sebabnya, selepas peristiwa malam itu, esoknya aku terus ambil keputusan berhenti kerja.

Cukuplah sekali. Tak sanggup lagi aku bertɛmbung dengan ‘mereka’ lagi.

Sumber Mohd Hafiz sewaktu bertugas sebagai pengawal keselamatan di Putrajaya pada tahun 2003

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Related Posts: